Central Eliminations One_in_a_Million_(Musim_3)

80 orang peserta yang layak akan melalui ujian Central Eliminations di Peninsula Residence, Damansara dari 11 hingga 19 Disember[3] (disiarkan pada 6 dan 13 Februari 2009). Kali ini, ujian-ujian disusun semula dari musim lalu agar dapat menuraskan peserta-peserta mengikut mutu bakat. "Blind Test" (menyanyi di sebalik layar lutcahaya agar juri hanya melihat bayang sambil menumpukan penilaian pada suara) dibawa ke hadapan menjadi ujian pertama. Mengikut Paul Moss, dengan cara ini dapatlah para juri membezakan suara siapa yang lebih mudah diingati. 20 orang tersingkir dari ujian ini.

Ujian kedua menyaksikan peserta yang tinggal dibahagi menjadi beberapa kumpulan berenam atau bertujuh (setiap kumpulan sama jantina) untuk menyanyi secara berkumpulan. Kumpulan wanita memilih antara lagu One Step at a Time (Jordin Sparks) dan Cinta di Akhir Garisan (Ziana Zain); kumpulan lelaki pula Juwita (Citra Terindah) (M. Nasir) atau My Girl (The Temptations). 20 peserta lagi disingkirkan di peringkat ini.

40 peserta yang tinggal dibahagi kepada 20 teratas dan 20 terbawah mengikut pilihan para juri, yang mana setiap peserta teratas memilih pemain MP3 dan menghafal lagu di dalam pemain tersebut, lalu memilih seorang peserta terbawah untuk berduet dalam ujian ketiga yang menentukan siapa yang layak menjadi 20 finalis. Paul Moss memesan peserta 20 teratas agar memilih peserta yang lemah supaya kekuatan mereka lebih terserlah. Walau apapun, peserta yang layak dipilih bukan satu dari setiap pasangan tetapi mengikut penilaian keseluruhan.

Central Eliminations diakhiri dengan penilaian individu yang mana setiap peserta naik pentas secara keseorangan atau berpasangan, menyanyi secara solo di hadapan juri, lalu diberitahu nasibnya sejurus selepas nyanyian berakhir. Hanya dua belas orang yang dipilih untuk berentap dalam pertandingan.

Rujukan

WikiPedia: One_in_a_Million_(Musim_3) http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/ayu.asp http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/esther.asp http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/fify.asp http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/nine.asp http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/rizu.asp http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/simon.asp http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/tomok.asp http://www.8tv.com.my/oneinamillion3 http://www.8tv.com.my/oneinamillion3/ http://www.gua.com.my/Entertainment/News-Detail.as...